Website: Peperiksaan SPA untuk Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 (Sarawak) Secara Atas Talian

11 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2020 yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran seorang belia dari kawasan sekitar Kampung Semop yang ingin menjawab peperiksaan SPA8 Secara Atas Talian di Pusat Internet Komuniti Semop. Peserta tersebut yang berumur 21 tahun dan merupakan bekerja sendiri bersama keluarga. Kelas peperiksaan bermula dari jam 10.00 hingga 11.00 pagi.

Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di pendaftaran pekerjaan terutama buat warga pelajar lepasan SPM dan STPM. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Untuk makluman peserta yang ingin membuat pendaftaran, mereka wajib mempunyai email dan nombor telepon yang aktif untuk sebarang penerimaan pekerjaan.

Terima kasih dan syabas kepada peserta. Moga beroleh kejayaan dan mendapat berita baik daripada SPA. Terima kasih kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali